Pages

Monday, 28 October 2013

Ciri-ciri Memilih Kerja



Ramai yang berpendapat bahawa mencari kerja jangan memilih, ia betul pada teorinya semata-mata. Jika kita lihat pada hari ini berapa kos hidup di bandar bagi seorang individu "tepuk dada tanya selera". Tetapi yang pasti bagi hidup dengan makna "boleh hidup" bolehkan anda jamin hidup anda berubah tahun demi tahun. Kalau anda seorang yang disiplin, anda hanya boleh melepasi peringakat "boleh hidup" dan tidak mencapai tahap selesa. Jadi memilih perlukan sedikit analisa supaya anda tidak menyesal. Oleh yang demikian, anda mesti prihatin terhadap kerja yang anda pilih dengan melihat ciri-ciri atau pekara yang pelu diambil kira dalam pemilihan kerja tidak terlalu rumit tetapi membantu anda membina kerjaya yang lebih baik.

Ciri-ciri yang perlu diperlukan ialah:

> teruja dengan kerja anda
> gaji yang stabil
> kos sara hidup
> pengangkutan
> hiburan
> tempat tinggal

Apa yang dinyatakan diatas adalah pekara asas yang perlu anda ambil kira bagi memastikan adalah boleh berada pada kitaran boleh "boleh hidup". Pekara-pekara diatas saya akan cuba jelaskan satu persatu supaya anda boleh memahami pekara asas dalam pemilihan kerja. Jangan anda tidak ambil peduli dalam hal ini kerana jika pekara asas anda tidak dapat fahami kerjaya anda dalam keadaan tidak stabil dari segi pengurusan diri.


















Teruja dengan kerja

Kajian sainstifik menyatakan bahawa kemurungan atau stress boleh dihilangkan melalui perasaan gembira. Lantas alasan itu saya gunakan bagi menjadi ukuran ketika pemilihan kerja. Saya akan perincikan dalam post saya mendatang.

Gaji yang stabil

Gaji merupakan perkara pokok dalam seseorang apabila bekerja akan tetapi saya meletakan pada ciri kedua agar dengan perasaan teruja anda lebih produktif dalam menghasilkan kerja berkualiti yang menjamin gaji yang anda terima. Lebih baik jika anda mendapat tawaran kenaikan gaji. Rasional gaji yang stabil adalah memastikan gaya hidup anda dapat ditampung dengan gaji anda. Mana mungkin berlaku jika keinginan lebih tinggi daripada pendapatan. Post yang akan datang akan menerangkan langkah yang perlu anda ketahui dalam cashflow. Ilmu yang saya bagi secara percuma untuk anda semua.

Kos sara hidup

Dalam negara yang membangun anda perlu mengambil kira pelbagai kos terutamanya kos makanan. kos diri, kos baju dan kos bil utiliti. Semua ini perlu diambil kira jika tidak anda akan mengalami masalah defisit atau kekurangan duit. Perkara ini jugak saya akan sentuh dalam post yang akan datang.

Pengangkutan

Saya tidak memasukan dalam kos sara hidup kerana kos ini boleh diambil jika sesorang itu betul mengkehendaki kendaraan untuk pergi ke kerja. Kita boleh mengambil alternatif dengan menumpang, menaiki bas yang disedikan pihak majikan dan pelbagai lagi. Jika menaiki kenderaan sekalipun kita boleh memilih pada kos yang paling rendah. Ingin mengetahui lebih lanjut anda perlu menanyakan kepada pakar kereta.

Hiburan

Manusia ini hidup memerlukan sedikit hiburan kerana hati manusia ini memiliki jiwa yang perlu diisi. Kadang-kadang kita sudah bajet duit bulan ini akan tetapi kawan-kawan kita sentiasa ajak lepak-lepak, keluar malam dan berkaroeke. Bukan itulah lumrah dunia kita tidak boleh lari daripada asam garam dunia. Oleh itu, pertimbagan terhadap perkara ini penting terutamanya yang bersukan memerlukan kos yang tinggi. Post yang mendatang cara menangani masalah ini.

Tempat tinggal

Kos tempat tinggal adalah yang terakhir saya letak sebagai ciri-ciri memilih kerja ini kerana tanpa tempat bagaimana anda mahu berkerja tempat rehat tiada. Rasional saya letak yang terakhir adalah setelah mengambil kira kos-kos diatas bakinya anda cuba lihat mampukah anda mendiami sebuah rumah. Jika tidak jawapannya cari kerja lain. Ini kerana ramai perkerja meletakkan tempat tinggal paling atas tetapi jika perbelanjaan anda diatas tidak dapat dipenuhi bagaimana anda mahu membayar kos rumah. Anda mesti melebihkan duit untuk kos sara hidup dan pengangkutan kerana anda mengunakannya hari-hari. Oleh yang demikian kos tempat tinggal ini mempunyai kepentingan yang besar saya akan perincikan dalam post-post yang mendatang.