Pages

Wednesday, 4 December 2013

Masa Untuk Berubah

Asalamualaikum, semoga sahabat semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini boleh dikatakan kesedihan menimpa diri akibat tekanan hidup yang semakin mencabar. Mengenangkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh sahabat semua dimasa hadapan dan juga memikirkan orang melayu khususnya terus dihimpit pelbagai cabaran pada masa akan datang. Bukan hendak menolak takdir tetapi cabaran yang hadir datang secara berterusan.
Bagi golongan kaya-raya alhamdulilah nikmat yang diberi itu tanda untuk kita bersyukur. Bagaimana golongan sederhana dan miskin??? post Harga Barang Naik???Jangan Bersedih merupakan suatu luahan hati yang didengari sekitar kedai mamak ketika makan malam. Oleh yang demikian menulis post itu adalah untuk mengubat hati yang sedih.



Fakta
Adakah kita perlu membiarkan diri untuk terus menyerah sahaja???
Jangan sesekali menyerah sebelum berusaha ungkapan “biar putih tulang jangan putih mata” seharusnya menjadi azimat kekuatan untuk melawan cabaran yang menimpa. Jangan sesekali kita melihat anak-anak memandang kita dengan rasa kelaparan dan kehausan. Perubahan perlu dilakukan bagi melawan cabaran ini adalah dengan memiliki ilmu.

“biar putih tulang jangan putih mata” falsafah yang harus dipegang untuk tahun ini bagi keluar dari kepompong cabaran masa akan datang.

Teknik
Ilmu ???
Ilmu apa yang boleh menyelesaikan masalah kewangan dalam masa sekejap. Jika berfikiran begitu tidak ada penyelesaian masalah, sebaliknya mendatangkan masalah kepada anda. Post mengenai ASB merupakan teknik simpanan sambil melabur yang mempunyai gaya pengurusan kewangan yang baik.
Ilmu yang paling utama dalam hal kewangan yang perlu diketahui adalah menyimpan. Menyimpan membantu orang miskin jadi orang kaya, dengan menyimpan orang kaya bertambah kaya anda boleh lihat bagaimana perangai orang kaya dalam post sebelum ini. Mungkin anda semua sudah melakukan penyimpanan tetapi masih tidak kaya.

Muhasabah Diri
Apabila merasakan keadaan seperti itu, lihat pada diri sendiri dan bertanya “kenapa aku tidak menjana kewangan baik” dan  jawapan itu adalah ilmu. Ilmu yang dapat menjana kewangan anda dengan baik. Apabila anda mempunyai ilmu pasti anda dapat melakukan perubahan.
Jadi apa tunggu lagi wahai sahabat ayuh cepat mencari ilmu tentang kewangan semoga anda semua mendapat keredhaan dan keberkatan.


Mohamad Adham Bin Sari

Tuesday, 3 December 2013

Harga Barang Naik!!! Jangan Bersedih...


TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya..tahun 2014 tarif elektrik baru bermula..2015 GST bermula..rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai..jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis..kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?




Sentiasa berlapang dada pada suatu kesusahan pasti ada hikmahnya.



Mohamad Adham Bin Sari