Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 1 buah buku
tentang menjadi orang kaya. Buku ini menarik bagi golongan yang mengharapkan makan gaji sahaja. Serta menjana pendatan melalui pelaburan.
Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert
Kiyosaki
Buku ini mempunyai info dan input yang menarik dan melihat
kekayaan itu dari sudut yang berbeza.
Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki
Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump &
Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang
ekonomi dunia pada masa akan datang.
Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang
majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan
pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau
golongan miskin.
Perkara ini boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah yang dialami dunia
pada hari ini seperti, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai dolar,
mentaliti subsidi, harga minyak yang semakin meningkat dan pelbagai lagi
masalah dunia dan ekonomi negara.
Disebabkan masalah-masalah itu, maka, Donald Trump & Robert
Kiyosaki mahu kita semua berusaha semampu mungkin untuk menjadi orang kaya
agar dapat melindungi diri masing-masing dari malapetaka ekonomi di masa
hadapan.
Kandungan di dalam buku
ini, lebih banyak menceritakan tentang panduan bagaimana menjadi kaya dengan
menjalankan perniagaan serta pelaburan.
0 comments:
Post a Comment