Asalamualaikum,bertemu
kita lagi pada tinta terbaru dari kawan yang merupakan insan yang lemah disisi
Allah. Marilah kita merapatkan kesyukuran kepadaNya diatas kenikmatan yang
diberi pinjam dalam dunia yang penuh onak dan duri. Setiap kali saya bangun
tidur saya sentiasa mengigatkan diri agar sentiasa tidak dilalaikan dengan
khayalan dunia. Berharap sentiasa dunia berada di tangan saya supaya dapat
membantu kepada insan yang lemah. Sebelum memulakan penerangan tentang gaji
yang stabil saya mahu melakukan satu kuiz cepu emas, adakah anda faham beza
gaji hidup dengan gaji yang stabil?. Jika anda mengatakan anda masih lagi tidak
dapat membezakan tidak mengapa.
Saya
sudah menceritakan keterujaan menjana kewangan jika anda rasa anda berada pada
kerjaya yang salah tidak mengapa. Anda perlu mengusai bab ini sahaja sudah
cukup kerana gaji yang stabil ialah dimana anda sudah mampu menyimpan,
berbelanja, bersedekah dan melabur,jika anda sudah melakukanya anda
berada pada tahap yang baik. Sebelum ini saya ada menceritakan peringkat ”
boleh hidup” di bandar, jadi dengan gaji yang stabil anda berjaya melepasi
peringkat itu. Anda mesti tertanya bagaimana nak mengenal pasti gaji yang
stabil. Jangan risau untuk peringkat memilih kerja anda perlu buat beberapa
kajian aliran tunai.
Aliran tunai ialah seperti gamba rajah
dibawah dimana gaji yang anda terima berada di kotak kanan dan
perbelanjaan berada di kotak kiri. Jika anda mendapat baki dari aliran
tunai makna gaji anda berada dalam keadaan gaji stabil. Ini juga
menerangkan bahawa pekerjaan anda cari itu sesuai dengan kewangan anda.
Jika berlaku kekurangan anda memerlukan sedikit penelitian terhadap
perbelanjaan anda. Penelitian ini membawa maksud anda perlu melakukan langkah
berjimat supaya anda mengurangkan saiz perbelanjaan anda. Jika langkah berjimat
tidak membantu anda dalam mendapatkan baki daripada aliran tunai
bermakna anda perlu mencari pekerjaan lain.
"Aliran tunai mestilah di
atas paras negatif ini bagi memastikan anda tidak berhutang dimasa hadapan."
|
Saya
bukan mengatakan anda perlu memilih kerja tetapi daripada anda menagung hutang
lebih baik ada berkira-kira dari sekarang. Jika anda pernah terbaca sebuah buku
yang bertajuk Safety Your Money ada mengatakan bahawa jika ada punca
menyebabkan aliran tunai peribadi berada bawah paras negatif ia perlu dimatikan
dengan segera. Matikan disini bermaksud anda perlu berhenti daripada meneruskan
atau mencari alternatif lain bagi memulih aliran tunai anda.
Saya
hanya memberi teori yang anda boleh praktikan supaya anda berhati-hati memilih
kerjaya anda. Sebagai contoh Ali merupakan seorang yang berkelana di bandar
dari kawasan luar bandar iaitu Muar. Sebelum ini dia berkerja kilang dengan
gaji RM1000 di kampung halamannya dan dia mendapati gajinya lebih dari cukup.
Setelah tiba dibandar beliau bekerja dengan seorang tauke dengan gaji yang sama
dengan merasakan gajinya itu lebih dari cukup. Tanpa membuat aliran tunai pada
hujung bulan dia tidak mampu untuk membayar duit sewa rumah lalu meminjam
daripada keluarganya berjumlah RM300. Pada bulan hadapan dia mendapati gajinya
masih kurang lalu meminjam dengan kawannya RM100. Setelah 3 bulan bekerja
barulah dia perasan gaji RM1000 dulu tidak sama dengan sekarang kerana kos
hidup dibandar meningkat jika dulu dia tidur dan makan di rumah ibunya. Jika
kita lihat sebelum kerja kita buat aliran tunai pasti perkara ini boleh
dielakkan dan hutang pun tiada. Oleh yang demikian beringatlah sebelum anda
memilih kerja kerana menyesal dahulu beependapatan menyesal kemudian habuk pun
tiada.
0 comments:
Post a Comment