Tidak salah kalau hendak
berbelanja lebih tetapi biarlah bermunasabah. Jika diikutkan hati merana diri.
Oleh demikian sebagai seorang pelajar ilmu kewangan harus selari dengan
kebijaksanaan yang terdapat dalam diri seorang pelajar.
Menjadi seorang pelajar
kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan
menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup
sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan
wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan
kepada pembelajaran anda.
Sebenarnya, pengurusan
kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik
mudah menyimpan wang. Hari ini saya ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat
untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan
panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan
anda selaku seorang pelajar.
Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan
10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan.
Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila
menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap
bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah
yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa
depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan
berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.
Panduan 2 : Gunakan Internet untuk membuat panggilan
Daripada menghabiskan wang
untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui
Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu
membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya
terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih
murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.
Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Menyimpan wang adalah
tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat
pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda
boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang
daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan
yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang
mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan,
majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling
sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu
mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.
Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga
dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali
membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih
berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang
bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli,
malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!
Panduan 5 : Gunakan kad pelajar anda
Kad pelajar adalah salah
satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh
menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku,
menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan
penjimatan yang anda dapat!
0 comments:
Post a Comment