Asalamualaikum, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan yang
Maha Esa. Siapalah diri ini yang diberikan masa yang singkat untuk merasakan
nikmat yang begitu banyak di dunia ini. Berharap kita mampu untuk mensyukuri
segala nikmat yang diberi dan dijauhkan daripada segala malapetaka.
Saya hari ini cuba untuk
menerangkan dilema yang dihadapi rakyat Malaysia khususnya. Apa yang menjadi
masalah kepada mereka yang ingin membeli kereta murah. Apabila mengatakan
kereta murah bermaksud kereta terpakai yang melambak di pasaran.
Bagi saya mudah sahaja
pokok pangkalnya disiplin kita menjaga kewangan dan kebijaksanaan kita
mengendali urusan kewangan kereta terpakai. Kebijaksanaan ini adalah bagaimana
anda menetapkan duit maintenance, duit kecemasan, duit minyak dan duit tol.
Jika anda rasa kewangan anda masih dalam positif sebagaimana yang saya postkan
dalam Penyata Gaji Yang Stabil anda boleh lihat dan hadam secara
perlahan-lahan.
Mudahkan yang penting anda
memahami perjalanan cerita kewangan anda dan anda menentukan mana baik buruk
untuk membeli kereta “murah” . Jika anda masih tidak fahami bagaimana aliran
tunai anda boleh lihat contohnya Penyata Aliran
Tunai(Berkeluarga). Mulakan
sekarang aliran tunai anda supaya anda sentiasa berhati-hati dalam berbelanja.
Semoga segala tips yang ada dapat menjadikan anda seorang yang smart dalam
pengurusan kewangan anda.
0 comments:
Post a Comment