Asalamualaikum, harap
semua dalam sihat sejahtera. Maaflah, kawan sedang bercuti(waktu menulis) kata
orang luas perjalanan jauh pemandangan luas pemandangan. Cuti kali ini
betul-betul menyeronokan almaklumlah bercuti di negeri jelapang padi. Boleh
dikatakan satu negara sedang tertumpu kepada negeri ini disebabkan pilihan raya
kecil Dun Sungai Merlimau. Walaubagaimanapun tidak ada ulasan untuk saya
mengulas mengenai politik. Berbalik kepada perbincangan kita sebelum ini saya
akan menbincangan tentang membina kerjaya diri. Saya banyak berbual dengan
ramai orang mengenai pekerjaan mereka dan hampir 35% daripada mereka
sangat teruja mengenai pekerjaan mereka walaupun mereka seorang salesman atau
broker(agen). Mereka kata keterujaan mereka itulah menyebabkan mereka dapat
menjana pendatan yang tinggi dan produktiviti yang baik.
Apa yang boleh saya katakan menegenai keterujaan terhadap pekerjaan ialah mampu menjadi motivasi diri untuk mengembangkan bakat yang tersedia ada dalam diri mereka.
Apa yang boleh saya katakan menegenai keterujaan terhadap pekerjaan ialah mampu menjadi motivasi diri untuk mengembangkan bakat yang tersedia ada dalam diri mereka.
“Keterujaan
mendorong seseorang menfokuskan atau menserlahkan bakat yang ada dalam diri
mereka.”
Sebagai contoh apabila
seorang yang mempunyai bakat untuk melukis dan dapat pekerjaan sebagai
designer.Sudah tentu mereka sangat teruja apabila mereka
dapat melakukan pekara yang mereka minat.
Saya pernah pergi ke gim baru-baru ini almaklumlah berat dah bertambah.
Saya terjumpa seorang mamat dekat situ lalu bertanya adakah awak trainer dekat
sini. Lalu dia menjawab betul saya meneruskan pertanyaan bagaimana untuk
mengurangkan berat badan dan dia terus menerangkan dengan begitu baik. Dalam
latihan itu tiba-tiba tertanya pula pada dia, sebelum ini belajar dimana. Die
tersengih je lama juga lak dia mahu menjawab soalan saya tadi dan berkata dia
tidak habis belajar sekolah menengah pun. Saya pun terkejut bagaimana die boleh
menerangkan pada saya dengan begitu hebat tetapi sejarah pembelajaran dia hanya
begitu. Saya tercengang seketika kerana mamat tadi boleh dikira sebagai kaya la
juga. Saya tanya lagi seronok kerja dekat sini. Dia kata benda paling suka yang
dia buat ialah membina badan dan berkongsi pengalaman itu tugas nya disini.
Mamat itu menyambung lagi ini lah yang membantunya mencari rezeki sebagai
trainer di gim dan trainer peribadi atau tutor. Dia sangat menikmati hidupnya
kini dengan hanya menjadi trainer dan bercita-cita ingin membuka pusat gim
sendiri.
Keterujaan atau minat merupakan
motivasi kendiri yang hebat.
Anda pasti boleh lihat keterujaan yang ada pada mamat ini membawa
kejayaan kepada dia. Saya harap graduan ke atau sesiapa je sebaiknya memikirkan
minat atau keterujaan anda kepada pekerjaan anda kerana ia merupakan motivasi
kendiri yang terbaik selain membantu anda menbina kerjaya yang lebih hebat.
Saya ada banyak lagi contoh tapi sampai disini sajalah saya mencoretkan
lukisan hati terhadap penulisan ini. Berharap dapat bertemu ramai orang dalam
membantu dalam kerjaya mereka. Semoga segala bantuan ini dapat membantu
saudara-saudara memilih kerjaya dengan baik.
“Perkara yang paling mengembirakan seseorang itu
adalah apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil” Mahmath Gandi
0 comments:
Post a Comment