Pages

Wednesday 6 November 2013

Penyata Gaji Yang Stabil

Asalamualaikum,bertemu kita lagi pada tinta terbaru dari kawan yang merupakan insan yang lemah disisi Allah. Marilah kita merapatkan kesyukuran kepadaNya diatas kenikmatan yang diberi pinjam dalam dunia yang penuh onak dan duri. Setiap kali saya bangun tidur saya sentiasa mengigatkan diri agar sentiasa tidak dilalaikan dengan khayalan dunia. Berharap sentiasa dunia berada di tangan saya supaya dapat membantu kepada insan yang lemah. Sebelum memulakan penerangan tentang gaji yang stabil saya mahu melakukan satu kuiz cepu emas, adakah anda faham beza gaji hidup dengan gaji yang stabil?. Jika anda mengatakan anda masih lagi tidak dapat membezakan tidak mengapa.

Saya sudah menceritakan keterujaan menjana kewangan jika anda rasa anda berada pada kerjaya yang salah tidak mengapa. Anda perlu mengusai bab ini sahaja sudah cukup kerana gaji yang stabil ialah dimana anda sudah mampu menyimpan, berbelanja, bersedekah dan melabur,jika  anda sudah melakukanya anda berada pada tahap yang baik. Sebelum ini saya ada menceritakan peringkat ” boleh hidup” di bandar, jadi dengan gaji yang stabil anda berjaya melepasi peringkat itu. Anda mesti tertanya bagaimana nak mengenal pasti gaji yang stabil. Jangan risau untuk peringkat memilih kerja anda perlu buat beberapa kajian aliran tunai.

           Aliran tunai ialah seperti gamba rajah dibawah dimana gaji yang anda terima berada di kotak kanan  dan perbelanjaan berada di kotak kiri. Jika anda  mendapat baki dari aliran tunai makna gaji anda berada dalam keadaan gaji  stabil. Ini juga menerangkan  bahawa pekerjaan anda cari itu sesuai dengan kewangan anda. Jika berlaku kekurangan anda memerlukan sedikit penelitian terhadap perbelanjaan anda. Penelitian ini membawa maksud anda perlu melakukan langkah berjimat supaya anda mengurangkan saiz perbelanjaan anda. Jika langkah berjimat tidak membantu anda dalam  mendapatkan baki daripada aliran tunai bermakna  anda perlu mencari pekerjaan lain.







"Aliran tunai mestilah di atas paras negatif ini bagi memastikan anda tidak berhutang dimasa hadapan."



Saya bukan mengatakan anda perlu memilih kerja tetapi daripada anda menagung hutang lebih baik ada berkira-kira dari sekarang. Jika anda pernah terbaca sebuah buku yang bertajuk Safety Your Money ada mengatakan bahawa jika ada punca menyebabkan aliran tunai peribadi berada bawah paras negatif ia perlu dimatikan dengan segera. Matikan disini bermaksud anda perlu berhenti daripada meneruskan atau mencari alternatif lain bagi memulih aliran tunai anda.

Saya hanya memberi teori yang anda boleh praktikan supaya anda berhati-hati memilih kerjaya anda. Sebagai contoh Ali merupakan seorang yang berkelana di bandar dari kawasan luar bandar iaitu Muar. Sebelum ini dia berkerja kilang dengan gaji RM1000 di kampung halamannya dan dia mendapati gajinya lebih dari cukup. Setelah tiba dibandar beliau bekerja dengan seorang tauke dengan gaji yang sama dengan merasakan gajinya itu lebih dari cukup. Tanpa membuat aliran tunai pada hujung bulan dia tidak mampu untuk membayar duit sewa rumah lalu meminjam daripada keluarganya berjumlah RM300. Pada bulan hadapan dia mendapati gajinya masih kurang lalu meminjam dengan kawannya RM100. Setelah 3 bulan bekerja barulah dia perasan gaji RM1000 dulu tidak sama dengan sekarang kerana kos hidup dibandar meningkat jika dulu dia tidur dan makan di rumah ibunya. Jika kita lihat sebelum kerja kita buat aliran tunai pasti perkara ini boleh dielakkan dan hutang pun tiada. Oleh yang demikian beringatlah sebelum anda memilih kerja kerana menyesal dahulu beependapatan menyesal kemudian habuk pun tiada.




0 comments:

Post a Comment