Pages

Wednesday 20 November 2013

Cara Buat Duit RM100,000 Dengan ASB!!!

Saya percaya ramai yang mempunyai target yang serupa iaitu mengumpul sekurang-kurangya 100K cash di tangan dalam tempoh singkat sekitar 5 tahun. Tapi bagaimanakah caranya. Tanpa membuat pelaburan, anda perlu menyimpan RM1,667 setiap bulan untuk mencapai 100K selepas 5 tahun (1667 x 60 bulan = 100K).



Satu cara yang paling mudah, selamat, dan kebarangkalian yg tinggi untuk mencapainya ialah dengan melalui loan ASB. Dalam kes ini saya mencadangkan skim pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Maybank.
Bagaimana caranya?
1. Mohon pinjaman ASB drp Maybank. Amaun maksimum 200K. Tempoh maksimum 25 tahun.
2. Dividen yang diperolehi setiap awal tahun tidak dikeluarkan untuk menjana dividen kumulatif.
3. Tamatkan pinjaman ASB selepas genap 5 tahun.
Syarat yang perlu dipatuhi:
1. Kos pinjaman tidak melebihi 5% untuk 5 tahun.
2. Dividen ASB tidak kurang daripada 7 sen.
Pengiraan:
Selepas 5 tahun, dividen kumulatif yang diperolehi =
200K – (1.07^5 x 200K) = 80.5K
Equity gain selepas 5 tahun =
22.8K
Maka, jumlah terkumpul telah melebihi 100K iaitu =
80.5K + 22.8K = 103.3K
Bayaran bulanan adalah RM1169. Maknanya pelaburan bulanan anda sebanyak RM1169 akan menjana RM553 setiap bulan. Dengan kata lain, dengan melabur sebanyak RM1169 setiap bulan melalui loan ASB, anda mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM553 sebulan, iaitu keuntungan sebanyak 47%. Sangat lumayan untuk suatu pelaburan yang mudah
 .


Cara yang mudah dan selamat, tetapi amat berkesan dan risiko sangat rendah. Untuk keterangan lanjut bole melawati Fanpage https://www.facebook.com/UnitTrustFanpage

Terdapat juga maklumat yang dapat membantu pelabuaran pada tahap 0 risiko.

1 comments: