Pages

Saturday 16 November 2013

PENGURUSAN WANG: SISTEM SAMPUL

Asalamualaikum, kali ini saya telah mendapatkan artikal daripada sahabat karib saya harap kawan-kawan semua boleh mendapat pengajaran daripadanya. Sangat susah nak dapatkan tips daripada beliau.

Langkah pertamaSEDIAKAN BELANJAWAN

Belanjawan harus dibuat terlebih dahulu seperti belanjawan saya di bawah



Ini bertujuan untuk mengetahui jumlah pendapatan kita dan senarai perbelanjaan kita. Ini memudahkan kita mengetahui berapa baki daripada gaji kita selepas semua perbelanjaan telah ditolak dan memastikan kita tidak berbelanja lebih daripada pendapatan kita.

“ Sentiasa memastikan perbelanjaan kita pada keperluan utama


Langkah keduaBAHAGIKAN PERBELANJAAN KEPADA BEBERAPA KATEGORI
Teliti belanjawan dan bahagikan kepada beberapa kategori. Contoh belanjawan saya, saya telah membahagikan kepada enam bahagian iaitu perbelanjaan diri sendiri, simpanan dan bayaran pinjaman, meningkatkan potensi diri, bil dan perkhidmatan, pemberian dan sedekah jariah, dan lain-lain perkara. Pastikan setiap perkara tersebut di tulis di sampul bagi mengelakkan tersalah masuk duit atau menggunakannya

Langkah ketigaISI SAMPUL DENGAN BELANJAWAN YANG TELAH DIPERUNTUKKAN

Isi sampul dengan wang yang diperuntukan seperti senarai belanjawan yang disediakan tadi



Langkah keempatBELANJAKAN WANG MENGIKUT JUMLAH PADA SAMPUL
Gunakan wang hanya mengikut jumlah perbelanjaan di dalam sampul. Contohnya sekiranya saya ingin makan dan minum, saya hanya menggunakan duit di dalam sampul makanan/minuman sehinggalah wang itu habis digunakan pada akhir bulan

Langkah kelimaWANG LEBIHAN DISIMPAN UNTUK SIMPANAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Sekiranya jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan walaupun hanya RM1, jadikan ia sebagai simpanan tambahan atau gunakannya untuk membayar hutang sehingga hutang itu habis


Untuk mendapatkan tips mengenai pegurusan kewangan, saya syorkan anda melawati blog ini wan-ci.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment