Pages

Monday 4 November 2013

KETERUJAAN TERHADAP KERJA

Asalamualaikum, harap semua dalam sihat sejahtera. Maaflah, kawan sedang bercuti(waktu menulis) kata orang luas perjalanan jauh pemandangan luas pemandangan. Cuti kali ini betul-betul menyeronokan almaklumlah bercuti di negeri jelapang padi. Boleh dikatakan satu negara sedang tertumpu kepada negeri ini disebabkan pilihan raya kecil Dun Sungai Merlimau. Walaubagaimanapun tidak ada ulasan untuk saya mengulas mengenai politik. Berbalik kepada perbincangan kita sebelum ini saya akan menbincangan tentang membina kerjaya diri. Saya banyak berbual dengan ramai orang mengenai pekerjaan mereka dan  hampir 35% daripada mereka sangat teruja mengenai pekerjaan mereka walaupun mereka seorang salesman atau broker(agen). Mereka kata keterujaan mereka itulah menyebabkan mereka dapat menjana pendatan yang tinggi dan produktiviti yang baik. 

Apa yang boleh saya katakan menegenai keterujaan terhadap pekerjaan ialah mampu menjadi motivasi diri untuk mengembangkan bakat yang tersedia ada dalam diri mereka.

“Keterujaan mendorong seseorang menfokuskan atau menserlahkan bakat yang ada dalam diri mereka.”

Sebagai contoh apabila seorang yang mempunyai bakat untuk melukis dan dapat pekerjaan sebagai designer.Sudah tentu  mereka sangat teruja apabila mereka dapat melakukan pekara yang mereka minat.






Saya pernah pergi ke gim baru-baru ini almaklumlah berat dah bertambah. Saya terjumpa seorang mamat dekat situ lalu bertanya adakah awak trainer dekat sini. Lalu dia menjawab betul saya meneruskan pertanyaan bagaimana untuk mengurangkan berat badan dan dia terus menerangkan dengan begitu baik. Dalam latihan itu tiba-tiba tertanya pula pada dia, sebelum ini belajar dimana. Die tersengih je lama juga lak dia mahu menjawab soalan saya tadi dan berkata dia tidak habis belajar sekolah menengah pun. Saya pun terkejut bagaimana die boleh menerangkan pada saya dengan begitu hebat tetapi sejarah pembelajaran dia hanya begitu. Saya tercengang seketika kerana mamat tadi boleh dikira sebagai kaya la juga. Saya tanya lagi seronok kerja dekat sini. Dia kata benda paling suka yang dia buat ialah membina badan dan berkongsi pengalaman itu tugas nya disini. Mamat itu menyambung lagi ini lah yang membantunya mencari rezeki sebagai trainer di gim dan trainer peribadi atau tutor. Dia sangat menikmati hidupnya kini dengan hanya menjadi trainer dan bercita-cita ingin membuka pusat gim sendiri.

Keterujaan atau minat merupakan motivasi kendiri yang hebat.

Anda pasti boleh lihat keterujaan yang ada pada mamat ini membawa kejayaan kepada dia. Saya harap graduan ke atau sesiapa je sebaiknya memikirkan minat atau keterujaan anda kepada pekerjaan anda kerana ia merupakan motivasi kendiri yang terbaik selain membantu anda menbina kerjaya yang lebih hebat.
Saya ada banyak lagi contoh tapi sampai disini sajalah saya mencoretkan lukisan hati terhadap penulisan ini. Berharap dapat bertemu ramai orang dalam membantu dalam kerjaya mereka. Semoga segala bantuan ini dapat membantu saudara-saudara memilih kerjaya dengan baik.


Perkara yang paling mengembirakan seseorang itu adalah apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil” Mahmath Gandi


0 comments:

Post a Comment