Pages

Sunday 17 November 2013

PENGURUSAN WANG: SISTEM S.M.A.R.T.


Sebelum ini saya berkongsi dengan anda mengenai ‘sistem sampul’, kini saya ingin berkongsi mengenai satu lagi sistem yang biasa di amalkan dalam pengurusan kewangan seterusnya berjaya mencapai matlamat kewangan anda. Matlamat menetapkan kewangan bergantung kepada kedudukan kewangan, minat dan hobi, keinginan, cita-cita, membeli rumah atau kereta, atau melunaskan bayaran pinjaman. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai S.M.A.R.T
Apa itu S.M.A.R.T ???



S.M.A.R.T ialah ringkasan daripadaSpecific (Khusus), Measurable (Boleh diukur), Attainable(Boleh dicapai), Realistic (Realistik) dan Time-bound(Tempoh masa tertentu)

Saya beri satu contoh bagaimana penggunaan S.M.A.R.T boleh dilaksanakan

“Menyimpan duit dalam masa 10 bulan untuk bercuti di Kota Kinabalu, Tamparuli, Kudasang, Ranau, Kudat, Beaufort, dan Labuan di Negeri Sabah dengan belanjawan sebanyak RM1500.00. Oleh itu, saya perlu menyimpan sebanyak RM 150.00 sebulan bermula dari bulan Januari 2013”

Saya perincikan bagaimana saya menggunakan S.M.A.R.T

Specific (khusus) 

Matlamat khusus perlu dinyatakan iaitu ingin bercuti di  Kota Kinabalu, Tamparuli, Kundasang, Ranau, Kudat, Beaufort, dan Labuan di Negeri Sabah bukan sekadar menyatakan matlamat ingin ‘bercuti’ atau ‘bercuti di Negeri Sabah’   

Measurable (boleh diukur)

Matlamat boleh diukur iaitu memerlukan sebanyak RM1500.00 bukan sekadar menyatakan ‘perlukan kewangan’ tetapi tidak tahu berapa nilainya

Attainable (Boleh dicapai)

Matlamat boleh dicapai iaitu perlu menyimpan sebanyak RM150.00 bukan sekadar ‘secara tiba-tiba memperoleh RM1500.00 dari kenalan’

Realistic (Realistik)

Matlamat realistik iaitu hendak bercuti di Kota Kinabalu, Tamparuli, Kudasang, Ranau, Kudat, Beaufort, dan Labuan di Negeri Sabah dalam masa 10 bulan bukan ‘pergi ke Bandung dalam masa sebulan dengan simpanan RM150.00 sebulan’

Time-bound (Tempoh masa tertentu)

Matlamat perlu mempunyai tempoh masa yang tertentu,  contohnya dalam kes saya ‘pergi bercuti dalam tempoh masa 10 bulan’ bukan sekadar meletakkan ‘tempoh masa yang tidak jelas’ atau ketika memiliki duit



S.M.A.R.T ini boleh juga diaplikasikan dalam rancangan kewangan tempoh masa singkat, tempoh masa sederhana, dan tempoh masa panjang.

Matlamat tempoh masa singkat mungkin dalam masa seminggu hingga setahun dari tempoh matlamat. Contohnya seperti membeli baju dan seluar

Matlamat tempoh masa sederhana mungkin dalam masa setahun hingga lima tahun dari tempoh matlamat. Contohnya seperti menyediakan duit untuk perkahwinan atau membayar pinjaman pelajaran


Matlamat tempoh masa panjang mungkin dalam masa lima tahun hingga tiga puluh tahun dari tempoh matlamat. Contohnya seperti membeli rumah, aset, atau bon (pelaburan jangka masa panjang)

0 comments:

Post a Comment