Pages

Sunday 17 November 2013

Membeli Kereta Di Usia Muda...Cabaran Atau Impian???

Asalamulaikum, harap kawan-kawan semua sihat selalu. Pada kali saya akan berdiskusi tentang masalah pelajar lepasan universiti. Walaupun setinggi mana pun ilmu kadang-kadang tersilap juga. Manusia sentiasa melakukan kesilapan dan yang berilmu belajar melalui kesilapan.

Impian

Antara benda pertama yang ada fikiran pelajar lepasan universiti ialah mahu mendapatkan kereta baru. Mereka merasakan keperluan memiliki kereta baru untuk membantu dalam urusan harian dan mengecapi glamour semata-mata.


Impian inilah yang sentiasa berlegar di kotak pemikiran pelajar lepasa universiti.

Cabaran

Ia boleh menjadi kesilapan besar kerana kebanyakkan pelajar universiti mempunyai hutang pengajian yang perlu dibayar. Selain itu wang simpanan juga masih belum kukuh.
Begitulah juga kebanyakan belia di Malaysia sentiasa membeli tanpa melihat impak yang bakal diterima.



Oleh itu, menambah beban hutang sendiri adalah satu langkah silap bagi lepasan universiti.
Berdasarkan data dicatatkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun ini, 60% individu muflis adalah golongan belia. Antara penyebab utamanya adalah hutang pinjaman sewa beli kenderaan.

Justeru itu pertimbangkan betul betul sekiranya anda mahu membeli kereta idaman anda. Bersabarlah dahulu melainkan anda mempunyai wang simpanan mencukupi untuk membeli kereta secara tunai.




0 comments:

Post a Comment