Pages

Thursday 14 November 2013

Harga Kereta Terpakai 2013 Di Malaysia....Memudahkan Atau Menyusahkan?

Asalamualaikum, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan yang Maha Esa. Siapalah diri ini yang diberikan masa yang singkat untuk merasakan nikmat yang begitu banyak di dunia ini. Berharap kita mampu untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi dan dijauhkan daripada segala malapetaka.


Saya hari ini cuba untuk menerangkan dilema yang dihadapi rakyat Malaysia khususnya. Apa yang menjadi masalah kepada mereka yang ingin membeli kereta murah. Apabila mengatakan kereta murah bermaksud kereta terpakai yang melambak di pasaran.

Yang menjadi masalah adalah kemampuan kewangan itu sendiri kerana akan menentukan bentuk kereta anda. Jika anda gaji anda tinggi maka kereta barulah yang anda terima. Berbalik kepada kereta terpakai adakah ia memudahkan atau menyusahkan?



Bagi saya mudah sahaja pokok pangkalnya disiplin kita menjaga kewangan dan kebijaksanaan kita mengendali urusan kewangan kereta terpakai. Kebijaksanaan ini adalah bagaimana anda menetapkan duit maintenance, duit kecemasan, duit minyak dan duit tol. Jika anda rasa kewangan anda masih dalam positif sebagaimana yang saya postkan dalam Penyata Gaji Yang Stabil anda boleh lihat dan hadam secara perlahan-lahan.


Mudahkan yang penting anda memahami perjalanan cerita kewangan anda dan anda menentukan mana baik buruk untuk membeli kereta “murah” . Jika anda masih tidak fahami bagaimana aliran tunai anda boleh lihat contohnya Penyata Aliran Tunai(Berkeluarga). Mulakan sekarang aliran tunai anda supaya anda sentiasa berhati-hati dalam berbelanja. Semoga segala tips yang ada dapat menjadikan anda seorang yang smart dalam pengurusan kewangan anda.


0 comments:

Post a Comment