Pages

Friday 29 November 2013

Pengurusan Kewangan: Jangan Main Campur hah !!



Asalamulaikum, seperti biasa hari ini tajuk perbincangan adalah mengenai pengurusan kewangan melibatkan akaun bank. Seperti sedia maklum penyimpanan duit yang paling selamat dan tidak berisiko adalah akaun bank simpanan. Ramai orang diluar sana tidak cekap mengurskan kewangan kerana konsep penyimpanan yang salah. Sebagai contoh kisah Mak Jah dibawah.

"Penyimpanan yang selamat adalah dengan akaun simpanan yang terdapat dalam perkhidmatan bank. Ianya tidak berisiko dan paling selamat. Pengurusan yang cekap memastikan akaun simpanan berada dalam keadaan terbaik dan positif."



Mak Jah buat perniagaan online. Pelanggan masukkan duit ke akaun beliau. Tiba-tiba duit dalam akaun jadi banyak? Mak Jah gembira dan berbelanja sakan di Pasaraya Sakan.Akhirnya Mak Jah tiada duit untuk pusing modal.

Adakah perkara di atas pernah terjadi kepada anda?

Kepada mereka yang mempunyai perniagaan kecil, letakkan dalam minda anda bahawa “Duit bisnes adalah duit bisnes, Duit peribadi adalah Duit peribadi”.
Sebaiknya asingkan akaun perniagaan dengan duit peribadi. Buka akaun perniagaan di mana-mana bank tempatan. Jika rasa belum bersedia untuk buka akaun perniagaan, buka akaun peribadi yang baru sebagai akaun untuk perniagaan anda.

Teknik terbaik dalam penyimpan akaun simpanan

Duit perniagaan seharusnya di guna untuk urusan perniagaan sahaja. Ambil sekadar beberapa peratus sahaja sebagai gaji kepada diri sendiri.
Maknanya jika untung perniagaan sebanyak RM100 ambil 30% dan simpan di akaun simpanan yang baru. Manakala 70% peratus itu boleh digunakan untuk berbelanja kerana merupakan gaji yang patut diterima setelah penat lelah.
Untung lebihan itu sepatutnya disimpan untuk membesarkan perniagaan. Bukan kesemuanya di joli sana sini. Uruskan perniagaan secara betul dan profesional.





 
Keuntungan perniagaan hendaklah diasingkan untuk menjadi modal membesarkan perniagaan pada masa hadapan.



Walau berniaga kecil tetapi jiwa mesti besar. Baru bisnes boleh maju dengan cepat yop!!

Mohamad Adham Bin Sari
https://www.facebook.com/UnitTrustFanpage

0 comments:

Post a Comment